::Miss Cupcake::
D'Owner!

Attention! : Hover the image



Entries About Linkies Stuff

Annyeonghaseyo. Welcome to my wonderland.My name is Syaza Afiqah.11 years old.Nice to meet you.Holaa~


Tagboard!



Credits!

Template: Nurul AtiQah
Edited By: Syaza Afiqah
Others:   


Chennai Express

   Hai. Assalamualaikum, haha ye. Sorry k korang sebab Syaza lama dah tak uupdate blog. Lagipun harini kan hari Isnin? Hari sekolah mana boleh online derr ~ Kalau korang tengok, tajuk pun dah Chennai Express. Mestilah Syaza kena jugak  cerita pasal Chennai Express. Back to the strory, mesti korang dah tahu kan? Kejap yer, gimme 10 minutes to get the answer :p.

10 minit kemudian.. Mungkin lebih dari 10 minit(?)

   Holaa~ Selesai akhirnya.Atc Chennai Express ni movie hindi. Haish, nak explain pun susah. Dia macam hindu+tamil :) Siapa yang berlakon? Mestilah SRK, kalau takde Shah Rukh Khan tak ingin Syaza tengok. Melainkan pelakon tu Hrithik Roshan ke, Rani Mukherjee ke, Kajol ke, Kareena Kapoor or others.Hehehe. Jom baca sinopsis dia :

                                            sinopsis film chennai express

   Chennai Express berkisah tentang Rahul (Shahrukh Khan) yang melakukan perjalanan ke kota kecil di Tamil Nadu. Disana ia ingin menunaikan amanah mendiang atuknya untuk menebar abunya di sungai suci Rameshwaram.
Dalam perjalanannya, Rahul bertemu dengan seorang perempuan dari keluarga yang sangat unik perangainya. Meena nama gadis cantik itu. Seiring berjalannya waktu membuat Rahul dan Meena berasa sepadan, keduanya saling jatuh cinta. Namun cinta Rahul tak semudah yang dia bayangkan, Meena ternyata anak perempuan seorang bos mafia.
Mereka terjebak dalam situasi yang sangat rumit. Termasuk ketika ayah Meena harus menghadapi persaingan antara geng penjahat dalam memperebutkan kekuasaan. Perjalanan Rahul untuk menebar abu atuknya pun jadi tidak mudah. Begitu juga cinta mereka berdua.
Bagaimana keduanya menyelesaikan masalah rumit yang diciptakan keluarga Meena? Dan bagaimana Rahul memperjuangkan cintanya terhadap Meena? Saksikan filem Chennai Express hanya di bioskop kesayangan anda.

   Nak, hambek. Syaza bagi sinopsis dia.Haha, hmm. Syaza tak mainlah download ni. Dah buat dah pun :3 Syaza beli kat ASTRO FIRST Sabtu lepas. So harini download lerr~ Dalam cerita ni, Syaza ada suka 4 lagu. Tapi sebelum tu, bagi yang tidak kenal siapa SHAH RUKH KHAN (SRK), jom kita tengok biodata dia :

Date of Birth :2nd November 1965
Birth Place :New Delhi
Father :Taj Mohammed Khan
Mother :Lateef Fatima
Married To :Gauri Khan (25 October 1991)
Children :Aryan Khan, Suhana, AbRam
Height :5'8
Star Sign :Scorpio
Debut Movie :Deewana
Sister :Shehnaaz


   Itulah serba sedikit tentang Shah Rukh Khan yang Syaza boleh bagitahu. Itupun Syaza ciplak dari www.indicine.com/ Bukan sebab Syaza tak tahu. Tapi takkanlah tak tahu, Syaza kan DIE HARD FANS *lah sangat* SRK, haha. Panjang sikit entry kali ni. Syaza nak tebus balik kesalahan Syaza *ceh -_-* Antara lagu dalam Chennai Express yang Syaza suka ialah :


1. Kashmir Main Tu Kanyakumari


2.1234 Get On The Dance Floor


3. Chennai Express Title Song
*Sorry, Syaza cari ni tak jumpa. So Syaza berusaha untuk dapatkan link ini*


4.Meherbani

   
   Sorry kalau Syaza salah bagi link. Syaza kena berundur diri, assalamualaikum. Lagipun dah pukul 6.55pm. Kehkeh, Tata titi tutu toto.







COMEL,I Miss You :'(

    
     Assalamualaikum korang.Harini Syaza tak bersemangatlah.Sebab?Hurmm :'( Susah nak cerita . korang tengok ENTRY LAMA ni dulu.Dah tengok?Barulah Syaza boleh cerita . maybe gambar kat atas ni gambar waktu COMEL kecik.Nak tengok gambar dia waktu besar? Jom!


     Ni waktu COMEL dah besar..Okay,Syaza dah tunjuk gambar.nak dengar cerita tak?Cerita dia macam ni.Kan Syaza bagitau Syaza nak pindah?Dia kan ada mak,KUCI.Siapa ingat KUCI?Haaa,tak kenal?Boleh rujuk blog pertama Syaza.KLIK SINI!! Now korang dah tahu..Syaza tak bawak dia balik Johor sebab dia beranak.And then tak tahu dia sorok anak dia kat mana.Ouh,lupa nak cakap.Dia beranak kat rumah sebelah.Hehe,jangan terkejut yerr.

     Waktu pindah,kitorang bawak dia sekali.Lepas tu Syaza serahkan Comel kat tok mak Syaza.Rumah tokmak Syaza dekat jer kot..Nanti kalau Syaza datang sana ada kawan.Lepastu,dah lama dah tok mak Syaza bela.Sampai satu hari ni.Dia tak balik 3 hari.Lepas 3 hari tu baru dia balik.

     Keadaan dia,YA ALLAH.Tuhan jer yang tahu.Tok mak kata,dia bagi makan kat COMEL,COMEL taknak.Mulut dia macam kekuningan+berbuih macam gitu arr.Telinga dia pun macam kekuningan.Puasa hari Rabu kan?Tokmak kata esoknya nak puasa dia mati.Kiranya hari Selasa tuh dia mati.
  
     Perasaan Syaza?Syaza rasa sedih sangat :'( COMEL,kan kita janji nak raya sama--sama?Kan kita dah janji nak main sama-sama?Hari terakhir Syaza jumpa COMEL,lama dahTak sangka dia akan pergi begitu cepat.Mungkin Tuhan lebih sayangkan Comel.Tahun ni Comel tak dapat nak sambut HARI RAYA dengan Akak.Dah tak dapat tahan rasa sebak di hari. 3 hari 3 malam Syaza menangis tak henti-henti.Serious talk.

     Malaslah nak cakap banyak lagi.Demikianlah cerita Syaza.Syaza sedih sangat ni.Takpe Comel,walaupun Comel ngan mak Comel (KUCI) dah takde.Kenangan tetap tidak akan hilang.Ingat tak COMEL?Akak jumpa COMEL kat enjen kereta.Waktu tu maybe COMEl duduk kat situ.Nasib baik Comel tak mati.Waktu akak jumpa Comel kat enjin kereta tu akak nak pergi beli Cream Puff.

     Ingat tak KUCI?Akak dapat bela KUCI waktu kawan ibu bagi KUCI kat akak.Hehe,kenangan paling manis.Dari darjah 2 tak silap akak jumpa Kuci.Sekarang dah 3-4 tahun akak kenal Kuci.Tapi nak buat macam mana,dah takdir.Kita terpaksa berpisah.Apapun Kuci macam mana?Sihat ke sekarang dekat Kedah?Ke Kuci dah......? :'(

     Okaylah.Syaza dah cerita kat korang semua.Apapun Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada reader (s) Syaza!Lagi seminggu lebih kita akan menyambuat Hari Raya Aidilfitri.Kita patutnya sedih sebab kita dah nak tinggalkan bulan yang senang nak dapat pahala ni kan?I have to go,ASSALAMUALAIKUM.Moga kita berjumpa lagi di entry seterusnya.Maybe entry kali ini agak panjang.

     


Peringkat-peringkat Orang Yang Berpuasa

   Assalamualaikum dan selamat sejahtera korang!Malam semalam,Syaza dah janji kan untuk bagitahu korang satu perkara.Tittle kali ini memang berbeza sebab Syaza jarang update bab ilmu ni!Hehe..Seperti yang dijanjikan,Syaza akan bagitahu korang PERINGKAT-PERINGKAT ORANG YANG BERPUASA.Jom kita layan!
   Ehem-ehem,Peringkat-peringkat orang yang berpuasa terbahagi kepada tiga,iaitu:


  • Puasa Awam
  • Puasa Khusus
  • Puasa Khusus-khusus

Okey,mari Syaza terangkan satu demi satu makna puasa ni.Dah sedia,jom!

Puasa Awam

Puasa sekadar hanya tidak makan dan minum dan tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa.Tetapi lalai daripada menjaga perkara-perkara yang boleh menghilangkan atau mengurangkan pahala puasa seperti mengumpat,memandang benda-benda yang haram pada syarak dan lain-lain.


Puasa Khusus

Puasa yang bukan hanya sekadar tidak makan dan minum,tetapi sentiasa menjaga daripada melakukan perkara-perkara yang menghilangkan pahala puasa disamping mengharapkan keredhaan ALLAH S.A.W.


Puasa Khusus-khusus

Orang yang berpuasa bukan sekadar tidak makan dan minum,malah menjaga perkara-perkara yang merosakkan pahala puasa.Tetapi berpuasa dengan penuh keikhlasan semata-mata kerana menunaikan perintah ALLAH S.A.W. sebagai hamba dan hanya semata-mata mengharapkan keredhaan ALLAH S.A.W.

Baik,demikianlah Peringkat-peringkat orang yang berpuasa.Sebaik-baiknya,kita patutlah mengamalkan cara berpuasa Khusus-khusus.Sekian,terima kasih.Assalamualaikum.Jumpa lagi di entry seterusnya!

Sumber:Kitab Sekolah Agama :D